eee...tak sabar nak gi Korea. Tengah menghitung hari jer ni. Baper hari ek...hahaha... Actually pergi bersama husband diikuti sekali teman melancong kami iaitu Encik Hakim n Fiza dan 2 lagi kawan mereka. first time ar ni kami gi Korea. Berenamlah semua. Kali ni takde gi utk urusan berniaga. Sememang aku dgn husband akan rewardkan diri sendiri setelah penat memikirkan hal kerja. So kali ni dah pesan dgn my big boss a.k.a husband jgn bawak lappy time kat korea nanti tapi dia nak bawak gak. Katanya macam mana nak transfer go pro dia tu. Erm...bawak jugak.
Sebenarnya dah lama dah kami berempat ni travel bersama-sama. tak kira dalam ataupun luar negara. Bermula dari Bandung dalam tahun berapa pun aku dah lupa...2011 tak silap. Masa tu first time gi luar negara tew... Kami bertravel ni style murah murah gitew. ala ala backpacker la. Masa blog ni aku tubuhkan, aku rasa nak wat comeback untuk travel. InsyaAllah ada rezeki, kami ke Europe plak.
Semua tiket train, flight dan hotel ketika berada di Seoul, Busan dan Jeju Island dah pun kami tempah. Masing masing ambik tugas masing masing. Fiza biasanya buat itternary dan makanan manakala aku plak order itu ini. dari tiket flight AA sehingga la ke urusan disana. Cik abang kami...masing2 rilek jer sbb tugas dorang selalu menggalas bagasi atau beg shopping kami setibanya ditempat yang kami lawati.
Doakan aku dan kengkawan selamat pergi dan balik yer. Kami akan berlepas ke Seoul pada 20/05/2015 dan pulang 28/05/2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan